Saturday, January 16, 2010

Masalah Segelintir Masyarakat Kita..

       Masyarakat kita di Malaysia seringkali merungut mengenai kekurangan-kekurangan yang dihadapi di kawasan mereka.'Complaint' memang merata-rata tapi adakah segelintir masyarakat tahu menghargai???
       Banyak yang telah dibantu oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta bagi membantu menambahbaik keadaan dikawasan-kawasan yang menghadapi masalah tapi apabila sudah diberi aset untuk mereka gunakan,aset itu tidak diendahkan.Contohnya Telecenter itu sendiri,malah ada ibubapa yang melarang anak-anak mereka pergi ke Telecenter kerana takut anak-anak mereka terpengaruh dengan masalah sosial ict.
       Telah banyak penerangan yang telah diberikan tetapi masyarakat masih belum sedar akan nasib anak-anak mereka yang akan ketinggalan dalam ict dimasa hadapan.Kemudahan-kemudahan telecenter ini dapat memberi mereka sekurang-kurangnya mengenal apa itu ict,apa itu komputer,apa itu internet dan banyak lagi.
      Diharapkan masyarakat akan sedar mengenai perkara ini serta dapat membuka dan memberi peluang pada minda mereka untuk menerima arus perubahan dunia ini.

No comments:

Post a Comment