Saturday, January 16, 2010

Masalah Segelintir Masyarakat Kita..

       Masyarakat kita di Malaysia seringkali merungut mengenai kekurangan-kekurangan yang dihadapi di kawasan mereka.'Complaint' memang merata-rata tapi adakah segelintir masyarakat tahu menghargai???
       Banyak yang telah dibantu oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta bagi membantu menambahbaik keadaan dikawasan-kawasan yang menghadapi masalah tapi apabila sudah diberi aset untuk mereka gunakan,aset itu tidak diendahkan.Contohnya Telecenter itu sendiri,malah ada ibubapa yang melarang anak-anak mereka pergi ke Telecenter kerana takut anak-anak mereka terpengaruh dengan masalah sosial ict.
       Telah banyak penerangan yang telah diberikan tetapi masyarakat masih belum sedar akan nasib anak-anak mereka yang akan ketinggalan dalam ict dimasa hadapan.Kemudahan-kemudahan telecenter ini dapat memberi mereka sekurang-kurangnya mengenal apa itu ict,apa itu komputer,apa itu internet dan banyak lagi.
      Diharapkan masyarakat akan sedar mengenai perkara ini serta dapat membuka dan memberi peluang pada minda mereka untuk menerima arus perubahan dunia ini.

Lawatan Ke PJK Felda Pasak,Kota Tinggi

Pada 5-6 hb Januari 2010 telah diadakan lawatan rasmi bagi Pengurus-pengurus T.C negeri Melaka ke PJK Felda Pasak,Kota Tinggi Johor.Secara ringkas lawatan ini banyak memberi kami pandangan dan idea baru yang dapat kami contohi agar dapat menambahbaik pengurusan T.C di semua kawasan.Bagaimanapun jika dilihat dari sudut kejayaan pjk di daerah-daerah Felda,pihak meraka merangcang dengan penuh teliti dari segala aspek seperti kemudahan-kemudahan,latihan,kerjasama dari semua pihak yang berkenaan dengan PJK ini.Walaubagaimanapun,Pusat Telecenter di Melaka juga akan memberi saingan kepada mereka agar dapat sama-sama merapatkn jurang jalur lebar di kawasan-kawasan luar bandar. Akhir kata,jutaan terima kasih pada semua yg terlibat.