Sunday, October 4, 2009

PROGRAM PENDAFTARAN E-MAIL BAGI PENDUDUK KG SUNGAI BADAU






Alhamdulillah,setakat ini PKT-SB telah berjaya mendaftarkan seramai 50 orang lagi pendaftar e-mail baru sepanjang tahun 2009.Mereka terdiri daripada warga belia dan kanak-kanak.Dijangkakan program seperti ini akan dapat memupuk minat golongan muda mendekati kemudahan yang disediakan di PKT-SB ini.Program-program seperti ini akan terus diadakan dari masa ke semasa dan setiap masa.diharap segalanya akan berjalan berterusan.Sekian,salam sejahtera.

Friday, September 18, 2009

SEGERALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PKT SUNGAI BADAU.!!!















Segeralah mendaftar sebagai ahli PKT Kg.Sungai Badau dengan hanya Rm10.00 setahun dan anda akan memperoleh modul-modul pembelajaran ict dengan percuma.Disamping itu juga pelbagai diskaun akan anda nikmati...Segeralah mendaftar segera!





















Pusat Komuniti Telecenter Kg.Sungai Badau akan mula membuka pendaftaran sebagai ahli PKT Sungai Badau kepada seluruh warga penduduk di sekitar kawasan kg. Sungai Badau dan Krubong pada 23 September 2009.Program ini adalah bagi mendekatkan seluruh warga tempatan untuk sama-sama melangkah mempelajari mengenai ict.kelebihan menjadi ahli akan memberi kelebihan menikmati modul-modul pembelajaran secara percuma hanya dengan yuran pendaftaran sebanyak Rm10.00 setahun.

Saturday, August 29, 2009

operasi telecenter kg. sungai badau

Telecenter Kg.Sungai Badau telah mula dibuka pada 8 mei 2009 dan beroperasi secara rasmi pada 21 Ogos 2009.Sebelum ia beroperasi secara rasmi,segala perkhidmatan adalah percuma manakala selepas beroperasi secara rasmi,bayaran RM1.00 dikenakan sebagai mencari dana untuk mengemaskini dan melengkapkan peralatan yang belum mencukupi.Di Telecenter Kg.Sungai Badau,kami cuba untuk berdikari membangunkan telecenter ini bagi masyarakat sekitar kawasan sungai Badau dan ingin membantu meringankan sedikit beban pihak pengurusan atasan.Bayaran bagi perkhidmatan internet hanya dikenakan Rm1.00 kerana dapat mengurangkan beban penduduk kampung yang rata-ratanya datang dari golongan sederhana dan juga promosi kerajaan dalam konteks 1Malaysia.Majulah Bangsa dan Malaysia!!!


1MALAYSIA!!!

Program Telecenter Sungai Badau





















Alhamdulillah,di Telecenter Kg Sungai Badau kami telah berjaya menarik minat warga Kampung Sungai Badau bagi mendekati kemudahan komputer yang telah di sediakan oleh kerajaan.Sebagai langkah permulaan,ini adalah satu langkah pendekatan yang bagus.Insya'allah, jika segala perancangan berjalan dengan lancar,program-program rasmi Telecenter Sungai Badau mula dilaksanakan selepas Ramadhan.






Monday, August 17, 2009

selamat datang ke telecenter kg.sungai badau!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan segala berkat rahmatnya,seluruh penduduk kg.sungai badau hari akan dapat bersama-sama menikmati satu lagi kemudahan yang penting dengan tertubuhnya telecenter kg.sungai badau.Program ini dirangka dan dijana oleh kerajaan bagi merapatkan penglibatan digital dikalangan penduduk luar bandar agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penduduk bandar,dan juga dapat mengelakkan dari terasing daripada kemajuan teknologi digital yang semakin pesat.Kita jumpa disana!!!!!